Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik, fikirkanlah tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, fikirkanlah tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum kamu mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkanlah tentang seseorang yang meminta-minta di pinggir jalan.
Sebelum kamu mengeluh bahawa nasib kamu buruk, fikirkanlah tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk dalam hidupnya.
Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau isterimu, fikirkanlah tentang seseorang yang terus memohon kepada Allah untuk diberikan pendamping hidup.
Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, fikirkanlah tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu, fikirkanlah tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor kerana pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, fikirkanlah tentang orang-orang yang tinggal di tepi jalan.
Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya perjalanan hendak dituju menaiki kereta, fikirkanlah tentang seseorang yang menempuhi jarak yang sama dengan berjalan kaki.
Dan disaat kamu penat dan mengeluh tentang pekerjaanmu, fikirkanlah tentang pengangguran dan orang-orang cacat yang mengharap mempunyai pekerjaan seperti kamu.
Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak pernah berdosa.
Dan ketika kamu sedang bersedih dan hidupmu dalam kesusahan, tersenyum dan bersyukurlah kepada Allah bahawa kamu masih hidup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan