Jumaat, 10 Jun 2011

Berapa Kali Mesti Bagi Tau COUPLE ITU HARAM dari segi ISLAM.

Assalamualaikum,

Maaf jika kehadiran nota ini tidak disenangi, tapi saya cuma nak kongsi kebenarannya. 

Cinta adalah sesuatu lumrah dan dilahirkan suci dari hati setiap manusia sebagai anugerah dan Amanah daripada Allah. Namun kehadiran cinta di salah ertikan oleh manusia sejak zaman jahiliah lagi.


COUPLE !!!!!! Perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan Muhrim. Tiada hadis dan ayat dalam Al-Quran yang menghalalkan perhubungan ini. Malah ada hadis yang mana menegah lelaki dan wanita memandang sesamanya dengan nafsu dan keinginan.Tetapi sekarang ada yang malah bersentuhan tangan. MasyaALLAH. Bahkan lebih lagi. AstagfirullahalAzim. 


Cuba selami apa faedahnya becouple Gaduh, Pujuk, sharing, borak-borak, jalan-jalan dan lain-lain. Semua itu adalah hiasan yang lebih nikmat jika di masukkan selepas perkahwinan. Selamat didunia dan akhirat. 


Nak kenal dulu, itu alasannya. Pertunangan adalah sebaik-baik perkenalan. Scanner cinta adalah agama. Bukti kasih adalah iman.
Tanda setia adalah kepatuhannya pada Allah. Kejujuran adalah pengertian ibadah dan Al-Quran. Jika telah ada semua itu, untuk apa couple ? Nabi saja tidak pernah. Kita siapa untuk melakukannya ? Apatah lagi setelah mengetahui kedudukan couple itu tiada baiknya malah ditegah oleh agama. Jika agama melarang, larangan itu dari SIAPA?? ALLAH................ 

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan