Khamis, 9 Jun 2011

Pesanan Buat Diri nya


Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..


“Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu..
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku ke dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana,jika aku jatuh cinta,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu.”

Tolong nasihati si dia, jangan mengigatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..

“Ya Allah,
Sekiranya aku jatuh cinta,
Maka jatuhkanlah cintaku pada seseorang,
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu”


Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ALLAH kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..


“Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.”

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..

“Iman bukan untuk diwarisi tetapi perlu dicari..”

Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..

“Zuhud dan Yakin menghilangkan tamak dan syak wasangka”


Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar pada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..


“R.I.N.D.U itu kurniaan dari ALLAH s.w.t”


Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya..


“Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman”


Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia Berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana ALLAH tidak ternilai harganya..


“Takkan kau rasai Indahnya cinta Andai tiada cinta buat Yang Esa”

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”




Tolong sampaikan kepada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..


Cinta..
Lahirnya dari dua hati..
Hadirnya tanpa dipaksa.. Ya Allah, aku jatuh cinta..
Namun cintaku setengah jalan kerana aku lebih cintakan-Mu darinya..
Aku tidak mampu membuat perkara yang dimurkai oleh –Mu..
Maka, lebih baik aku biarkan perasaan itu terus berlalu..
Andai dia jodohku yang tercatat di lohmahfuz, pasti akan bersama kembali atas keredhaanMu..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Telah datang padaku seorang insan yang mengetuk pintu hati ini..
Sekiranya dia adalah jodohku yang terbaik,
Yang telah Engkau tetapkan buatku sejak dari kandungan ibuku lagi,
Maka permudahkanlah urusanku..
Permudahkan urusan dia..
Dan permudahkanlah urusan kami berdua..

Ya Allah Ya Rahman
Ya Allah Ya Rahim..
Lindungilah imanku Ya Allah..
Lindungilah iman dia Ya Allah..
Dan lindungilah iman kami berdua sepanjang perhubungan ini..
Aminnn.. Ya Rabbal Alaminn..

Cinta, karya indah Sang Pencipta..
Dimulakan di syurga..
Dirasukkan dalam jiwa Adam dan Hawa..
Lalu dianak-pinakkan ke setiap jiwa..
Dengar kadar yang berbeza..
Cinta sebenarnya tidak buta..
Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan..
Yang buta adalah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa suatu pertimbangan..

CINTA, MENYINTAI atau DICINTAI.. itu satu lumrah sifat kejadian manusia..
Hak untuk bercinta dan menerima bergantung kepada individu itu sendiri..
Pilihan adalah terpulang kepada kita,
Jika pilihan berlandaskan agama pasti hasilnya diberkati
Dan sekiranya berlandaskan nafsu
Pasti akan terhumban ke lembah kehinaan..

Jangan tertarik seseorang kepada parasnya,
Sebab keelokan paras dapat menyesatkan,
Jangan pula tertarik kepada kekayaannya,
Kerana kekayaan dapat musnah..
Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum,
Kerna hanya senyuman yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan